Khamis, 5 Januari 2012

Tanam Pokok dalam Botol Air


Cara Menanam Pokok Di dalam Botol tanpa memerlukan siraman air :

Gunting botol kepada dua bahagian. Satu bahagian 1/3 dan satu lagi bahagian pada 2/3. Bahagian bawah botol di gunting pada nisbah 1/3 dan bahagian atas botol digunting pada nisbah 2/3

Plastik pada bahagian atas Botol

Bukakan penutup botol. Letakkan plastik di bahagian penutup botol dan diikat dengan getah. Kemudian lubangi plastik tersebut dengan jarum dalam 15 lubang.

Tuangkan air ke dalam bahagian bawah botol sehingga paras 1/2 penuh.

Selepas itu, letakkan tanah sehingga 1/2 penuh pada bahagian atas botol dan letakkan anak pokok ke dalamnya.

Kemudian letakkan bahagian atas botol pada bahagian bawah botol seperti gambarajah :

Pokok dalam Botol

Apabila air pada bahagian bawah botol berkurangan, isikan semula sehingga separuh penuh.

Ukuran air dan tanah di isi mengikut keperluan anak pokok tersebut. Yang penting anda perlu memastikan paras air pada tanah adalah bersesuaian agar tanah sentiasa lembap pada paras tersebut.

Pokok tanpa Siraman
Selamat bercucuk tanam menggunakan botol air !


0 ulasan:

Catat Ulasan

Memartabatkan Diri Bersama Islam

Mengenai Saya

Foto Saya
Salam,
Lets share the knowledge we knew so that we have share in the life of hereafter. Thanks to Allah.

Update to your Email

Dapatkan update dari blog ini ke email anda:

Dihantar oleh FeedBurner