Belajar Jual barang di Internet



Salam rakan-rakan seperjuangan.

Bagi anda yang sudah ada perniagaan seperti jualan runcit atau jualan barang, apa kata anda menambah cara promosi dengan online.Contohnya jika anda sekarang sudah ada perniagaan jual kopi atau teh atau barangan runcit dan barangan kegunaan harian anda boleh mempromosikan pula menerusi internet. Bagaimana caranya?Mudah saja. Baca lagi..

Mungkin anda tidak ada pengetahuan untuk membina laman web bagi jual beli barang anda atau tidak mempunya basic internet.

Anda tidak perlu risau. Anda boleh mulakan dahulu dengan blogger yang memberi perkhidmatan percuma untuk membina laman web.Adakah anda tertanya apakah itu Blogger. Jangan risau, di sini saya sertakan link untuk download ebook panduan asas blogger atau blogspot kepada anda secara percuma. Anda boleh download di sini.

Apabila anda telah baca, mungkin anda sudah tahu sedikit sebanyak mengenai blog dan bagaimana untuk membina sebuah blog bagi menjual barang anda. 

Mungkin anda tertanya bagaimana dengan transaksi wang. Jika anda mahukan automatic transaction yang selamat, anda bolehlah menggunakan netbuilder.com.my. Netbuilder ini membantu anda menerima pembayaran melalui pelbagai bank tempatan, credit card dan mobile money.

Anda boleh melayari Netbuilder di sini untuk mengetahui mengenai servis mereka.



Update:

Ini adalah cara mudah untuk jual barang di internet:
  1. Pergi ke mudah.my
  2. Pilih negeri
  3. Insert ad
  4. Tuliskan iklan anda dan Letakkan gambar
  5. Publish
Cara menjual yang berkesan dan mudah adalah dengan menggunakan mudah.my Namun iklan anda akan direview dahulu sebelum di post kan ke laman web mudah. Sekiranya anda tidak melanggar mana-mana etika di mudah.my, iklan anda akan dipaparkan.

Juallah barang-barang anda yang tidak terpakai, barangan rosak atau pun barangan dari wholeseller.

Pada pengalaman saya, tips untuk menjual barangan di mudah.my adalah dengan menjual barang dengan harga yang murah sedikit berbanding barangan yang sudah pun diiklankan di mudah.my

Update 2012 jual barang di Internet :

No comments:

Post a Comment